Kem Latihan Elit Yi Jia International Yang Ke-42 Dan Ke-43

Kem Latihan Elit Yi Jia International yang ke-42 dan ke-43 telah berlangsung pada 30 Jun 2017, di Taiwan dan Pusat Konvensyen Primaland Resort, Malaysia. Seramai 62 rakan kongsi dari pasaran Taiwan dan 73 dari pasaran Malaysia dan Singapura telah mengambil bahagian dalam kem latihan selama tiga hari tersebut.

Kem Latihan mengetengahkan bahan latihan yang dipertingkatkan dan kursus baru yang direka khas untuk memberi inspirasi kepada peserta, memperbaiki kemahiran profesional dan praktikal mereka, dan membantu mereka memupuk mentaliti yang sihat dalam memanfaatkan kerjaya pada masa depan.

Aktiviti latihan dipenuhi peluh dan air mata para peserta dan pelatih. Apabila para peserta menerima sijil kem latihan dari pelatih, mereka sedar bahawa tiada yang mustahil jika kita tidak berputus. Kami yakin bahawa wira-wira ini akan membuat pencapaian yang lebih besar!