《MAIfantasy》pesta Meraikan Ratusan Achiever

Kerana kejayaan mencipta ratusan Achiever dalam masa enam minggu, Cawangan Yi Jia International Malaysia mengadakan pesta mewah <MAIfantasy> pada 11 November 2018. Semua rakan berkongsi pengalaman, hasil kejayaan dan peluang perniagaan. Acara ini telah mendapat sambutan, di mana pasukan telah mencapai keputusan yang baik dan membuat kadar pulangan tinggi pada hari tersebut.

Setiap peserta menggunakan pengalaman mereka untuk memperkenalkan kecantikan dan kesihatan yang dibawa oleh produk Yi Jia dan juga berkongsi transformasi kehidupan mereka dalam perniagaan Yi Jia. Keunikan dan peluang perniagaan Yi Jia telah membantu mereka, bukan hanya meningkatkan kadar promosi, tetapi juga menaikkan semangat mereka. Pada masa yang sama, acara yang dijalankan berjaya membawa ramai ahli baru untuk mencuba produk syarikat penjagaan kulit MAIONE dan siri pemakanan MIRIKEL. Mereka memuji kualiti produk dan mendapat inspirasi untuk menyertai keluarga Yi Jia dengan harapan dapat memulakan kehidupan baru melalui platform ini.


Bergerak bersama Yi Jia, kita akan lebih yakin dan memperolehi kesihatan melalui produk berkualiti Yi Jia. Kami juga mampu mencipta kekayaan mencapai impian bersama. Kepada semua rakan kongsi, marilah kita merebut dan membuka peluang kita, berusaha lebih tekun dan merealisasikan impian kita di Yi Jia!