Strategi Pemasaran Facebook Oleh Lin, Yun-tsen, Global Double Crown Ambassador Tentang Cara Memasarkan Produk Secara Bijak!

Pada 26hb November 2018, Lin, Yun-Tsen, Double Crown Ambassador dari Taiwan telah mengadakan ceramah di cawangan Yi Jia International Kuala Lumpur. Ramai ahli menyertai dan memenuhi ruang.

Semasa ceramah, Lin, Yun-Tsen, telah berkongsi kemahiran pemasaran dan strategi uniknya melalui analisis cara menggunakan potensi Facebook untuk memasarkan jenama MAIONE secara mudah dan memperkenalkan jenama kepada semua orang.

Gaya penyampaiannya yang hebat berjaya menarik perhatian semua orang pada hari itu. Semuanya fokus sepenuhnya ketika mendengar ceramahnya sambil dapat mempelajari kemahiran praktikal serta inspirasi bagaimana untuk menguatkan imej dan mencari teman di Facebook.

Ceramah itu berakhir dengan jayanya dan semua memperoleh faedah daripadanya. Melalui ceramah ini, semua orang menyedari akan kepentingan pemasaran, mengasah kepimpinan mereka, berusaha untuk merealisasikan impian melalui platform Yi Jia. Di samping itu, membuat garis panduan lebih jelas dan keyakinan yang lebih teguh terhadap setiap orang yang membuat mereka mencapai matlamat dan mencipta kejayaan dengan apa yang mereka pelajari melalui ceramah tersebut.