Yi Jia International Membawakan Krismas Ke Rumah Charis Dengan Penuh Kasih Sayang

Pada 19 Disember 2018, Yi Jia International Cawangan Malaysia mengadakan majlis kebajikan di Rumah Charis Kuala Lumpur. Pengasas dan Pengerusi Yi Jia International – Encik George Guo telah memimpin rakan kongsi untuk turut serta dalam menyebarkan kasih sayang dan membawa manfaat kepada masyarakat sempena sambutan Krismas ini.

Pada hari itu, Yi Jia International bermurah hati menyumbangkan RM 10,000 serta barangan kepada pengetua Rumah Charis, termasuk suplemen makanan MIRIKEL Q10. Semua rakan juga turut mendermakan kepada anak-anak ini. Ini sebagai tanda mewujudkan masyarakat penyayang, dan memenuhi konsep kebajikan masyarakat korporat.

Kasih sayang adalah titik permulaan perniagaan. Yi Jia International sangat aktif melibatkan diri dalam amal kebajikan selama bertahun-tahun dan komited untuk mewujudkan masyarakat yang damai dan indah. Melalui amal kebajikan, mereka merasakan kebahagiaan dan kasih sayang ketika membantu; menggunakan pengaruh mereka untuk mencapai nilai diri dan memenuhi semangat kebajikan “melakukan kebaikan atas nama kasih sayang”.

Selain menerima hadiah dan kad Krismas daripada Encik George Guo, anak-anak juga menyanyikan “Grateful Heart” sebagai penghargaan kepada Yi Jia International. Selain itu, Encik George Guo dan rakan-rakan juga meraikan ulang tahun anak-anak yang lahir pada bulan Disember. Mereka begitu seronok berkongsi kek dan saat ini takkan dilupakan sampai bila-bila.

Acara ini berakhir dengan penuh kasih sayang. Ahli Yi Jia sentiasa ingin membantu mereka yang memerlukan. Kami percaya apabila kita bersama menyumbang, dunia akan menjadikan lebih baik!