Rahsia Pengembaraan Encik George Guo Pengasas Yi Jia International Ke Antartika

Selepas pengembaraan Antartika, pengasas dan pengerusi Yi Jia International telah menganjurkan ceramah perkongsian di cawangan Malaysia dan Singapura pada 24 & 26 Disember 2018 untuk berkongsi rahsia dan pengalaman bagaimana beliau berjaya menakluki puncak Antartika selepas mengatasi pelbagai cabaran.

Beliau berkongsi pengalaman selama 3 hari melalui Drake Passage dengan ombak dan gelombang laut yang besar. Pada akhirnya, mereka berjaya tiba di destinasi dengan penuh keyakinan. Mereka menikmati suasana di Antartika dan merasai ais hitam Antartika yang jarang ditemui.

Semasa perjalanan, beliau memberi inspirasi kepada rakan-rakannya untuk sentiasa yakin dan sanggup menempuhi cabaran. Semangatnya tetap tenang walaupun terdapat rintangan ketika di laut. Ini membuatkan semua orang kagum dia dengan semangat beliau. Kepercayaan yang tinggi telah membuatkan pengerusi berjaya mengatasi cabaran dan menyaksikan keindahan Antartika. Ia sama seperti pengurusan kerjaya Yi Jia, bahawa setiap orang Yi Jia perlu selalu percaya kepada produk, pasukan, syarikat dan berusaha untuk mencapai kesempurnaan dalam pasaran yang tidak menentu ini dan mencapai kejayaan.

Pengembaraan Antartika bukan sahaja tentang keindahan alam, tetapi juga pengalaman indah kerjasama berpasukan dalam mengatasi pelbagai halangan. Kerana percaya dan yakin menjadikan beliau dan rakannya menjadi berani sehingga berjaya menghadapi perjalanan yang sukar dan melakaukan perkara yang mustahil. Dalam menghadapi cabaran, semua di Yi Jia harus selalu percaya, berani dan memandang ke matlamat mereka untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Ceramah perkongsian ini berakhir dengan tepukan gemuru. Walau bagaimanapun, setiap bait yang disampaikan pengerusi telah menginspirasikan mereka yang hadir, untuk berazam dan merealisasikan impian mereka melalui platform Yi Jia International. Pengembaraan Antartika sama seperti karier di Yi Jia. Kami melihatnya seperti pelangi yang muncul selepas hujan. Walaupun gelap ketika hujan, pasti akan indah selepas itu. Untuk Era Baru 3.0 Yi Jia, selagi kita percaya antara satu sama lain, kita mampu mengecapi impian dan memiliki masa depan yang lebih cerah!