Pemimpin Di Bawah Sinar Kejayaan – Majlis Anugerah Pengiktirafan Asia Tenggara Yi Jia International 2019

Yi Jia International telah menganjurkan Anugerah Pengiktirafan Asia Tenggara pada 6 Januari 2019 di Kuala Lumpur. Setiap rakan kongsi dari Asia Tenggara telah berkumpul di Malaysia untuk menyaksikan prestasi pasaran Asia Tenggara serta berkongsi kemenangan dan kegembiraan. Dengan platform ini, ia menunjukkan kepada kita satu harapan yang dapat mengubah nasib dan juga serta peluang kerjaya yang luas.


▲Produk syarikat dipaparkan dan para tetamu boleh mencubanya.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Yi Jia International Global, Encik Poh Kim Lee. Dalam ucapannya, Encik Poh mengkaji semula hasil Asia Tenggara pada tahun lalu, dan beliau juga mengumumkan polisi baru Yi Jia Era Baru 3.0, termasuk: pembukaan cawangan Timur Malaysia, siri produk penjagaan kulit MAIONE yang diperbaharui dan manyatukan pengeluaran di Amerika Syarikat, dan ” Youth Moistening Mask” yang baru akan dijual pada akhir bulan Februari dan secara rasminya dijual pada 28 Mac. Ini adalah berita baik dan menjadikan semua orang teruja mencipta lebih banyak kejayaan.


Pada tahun lalu, semua rakan kongsi Asia Tenggara telah giat menguruskan kerjaya mereka, mengembangkan pasaran dan mencipta rekod dan kejyaan baru. Terutama untuk cawangan Malaysia yang telah berjaya menjadi antara Top 10 untuk kecermalangan kerjaya. Pencapaian ini adalah disebabkan oleh sokongan dan bimbingan syarikat serta juga usaha gigih. Sejak Achiever dilancarkan pada September 2018, semua rakan kongsi bekerja keras untuk memiliki Achiever dan mengembangkan pasaran Asia Tenggara. Mereka bukan sahaja menerima anugerah untuk tahap Achiever yang berbeza tetapi juga memupuk semangat golongan elit. Oleh itu, syarikat telah mengadakan majlis anugerah ini untuk mengiktiraf usaha mereka. Mereka begitu gembira apabila menerima anugerah. Kebanyakan mereka bersyukur bahawa Yi Jia adalah platform yang mudah dan berjaya. Selagi anda “setia, lakukan, percaya, dan berterusan”, anda akan dapat mencapai kejayaan, berubah daripada biasa kepada luar biasa.

▼Pemenang Eksekutif Achiever.

▼Pemenang Perniagaan Achiever.

▼Pemenang Pengarah Achiever.

▼Pemenang Kristal.

▼Pemenang Mutiara.

▼Pemenang Nilam.

▼Pemenang Global Double Crown Ambassador Lydia Tsang.

▼Triple Crown Ambassador Cindy Xu berkongsi tentang pengalamannya.

 

▼Triple Crown Ambassador Victor Lim & Lucy Sun berkongsi tentang kejayaan di pentas.

Yi Jia International secara aktifnya terlibat dalam kerja amal dan telah membuat sumbangan sebnyak dua kali serta membuat tajaan produk ke Rumah Charis pada tahun 2018. Bantuan kebajikan ini mendapat pujian oleh pengetua Rumah Charis dan anak-anak juga menyampaikan lagu sebagai tanda penghargaan.

Di samping itu, sesi cabutan bertuah dan pendaftaran telah membawa acara ini ke puncaknya. Semu berharap untuk memenangi hadiah pertama percutian ke Las Vegas. Rakan kongsi bersemangat pada hari itu dan menjadikan keseluruhan majlis meriah.


Majlis telah berakhir, dan kita telah menyaksikan kejayaan semua rakan kongsi Asia Tenggara di atas pentas. Kami berharap mereka ini boleh bekerjasama dengan Yi Jia International untuk memimpin lebih ramai orang dan berjuang mendapat kejayaan membanggakan pada 2019.