Tahniah ELYN CHONG Kerana Dinobatkan Sebagai Global Double Crown Ambassador!

Selepas 2018 sampai ke penghujungnya, cawangan Malaysia menyambut 2019 dengan berita gembira. Pemimpin Elyn Chong telah dinobatkan sebagai Global Double Crown Ambassador. Ini membuktikan bahawa Yi Jia International telah berkembang pesat di pasaran Malaysia. Mari kita ucapkan tahniah kepada Elyn Chong, Global Double Crown Ambassador Malaysia yang baru! Kejayaan ini bukanlah ganjaran semata-mata, tetapi memperlihatkan ketekunan beliau.

Elyn Chong merupakan pemimpin yang elegan dan bermotivasi tinggi. Setelah menyertai Yi Jia, beliau mengikuti hala tuju dan sistem latihan syarikat. Beliau mengetuai rakan pasukannya selangkah demi selangkah menuju impian mereka. Beliau dengan aktifnya meneroka pasaran, berusaha keras dan tidak pernah berputus asa ketika menghadapi halangan.

Sikap positif Elyn Chong membuatkan beliau berjaya dinobatkan sebagai Global Crown Ambassador dalam Era Baru 3.0. Beliau sangat berterima kasih kepada rakannya dan juga Encik George Guo yang telah mengasaskan platform ini supaya dia dapat memperoleh kecantikan, kesihatan, kekayaan yang telah menjadikan kehidupannya lebih bermakna.

Pencapaian Global Double Crown Ambassador Elyn Chong telah menunjukkan, selagi kita mempunyai keyakinan dan positif, kita akan dapat membantu diri dan orang lain untuk mencapai impian melalui platform Yi Jia. Mari kita sekali lagi ucapkan tahniah kepada pemimpin Elyn Chong yang dinobatkan Global Double Crown Ambassador Yi Jia International. Kami berharap beliau terus memimpin pasukannya ke arah kejayaan dan berusaha lebih keras untuk masa depan yang cerah!