Kem Latihan Elit Yi Jia International Yang Ke- 75【Malaysia】

Dari 8 hingga 10 Mac 2019, telah berlangsungnya Kem Latihan Elit Yi Jia International yang ke-75 di Hotel Impian Morib Malaysia. Ramai rakan baru telah menyertai kem ini dan berharap dapat menunjukkan kemajuan dan mentransformasikan diri.

Di bawah sesi latihan yang ditetapkan, para peserta sangat cepat menyesuaikan diri sesama mereka, berinteraksi dengan baik dalam suasana yang cukup menyenangkan. Latihan yang dibawakan oleh para pelatih membuatkan peserta dapat mengenal pasti kelemahan mereka dan menguji kemampuan sendiri. Dalam masa yang sama, mereka juga mempelajari kemahiran pemasaran yang dapat meningkatkan fizikal dan mental dari luar dan dalam serta mendapat manfaat daripadanya.

Latihan ini telah menguatkan lagi cita-cita dan sifat tanggungjawab para peserta, menjadikan mereka bertekad untuk mengikuti syarikat! Mereka berharap untuk mencapai kecemerlangan menerusi platform Yi Jia International dan membantu lebih ramai orang mengubah kehidupan mereka. Suasana santai dan penuh bertenaga membolehkan para peserta sentiasa fokus tentang kandungan utama latihan. Ini membantu mereka dari segi semangat dan pengetahuan agar dapat memotivasikan diri untuk terus maju mencapai impian dan matlamat!

Kem yang berlangsung selama 3 hari dan 2 malam ini telah pun tamat. Para peserta telah bersedia untuk memulakan tugas pemasaran mereka dengan semangat yang baru. Mereka sangat berterima kasih kepada syarikat kerana menyediakan kem latihan yang berguna dalam membantu memperkembangkan potensi diri. Platform ini telah membawa semua mencapai impian. Kami berharap agar rakan elit ini akan berani menerokai pasaran Malaysia dan menjadi bukti terbaik untuk Yi Jia International!