Tahniah Kepada Yse Team ALICE YONG & DENNIS TAN Kerana Dinobatkan Sebagai Global Double Crown Ambassador!

Apabila semua rakan sepasukan Yi Jia sedang meneroka pasaran secara akftif dan berkerja keras untuk mencapai hasil cemerlang, pasaran Malaysia telah menerima berita baik sekali lagi. Marilah kita semua mengucapkan tahniah kepada pemimpin YSE Team Alice Yong dan Dennis Tan kerana berjaya dinobatkan menjadi Global Double Crown Ambassador. Mahkota ini melambangkan hasil kegigihan mereka.

Alice Yong dan Dennis Tan sentiasa bersemangat dalam mengajak rakan sepasukannya supaya berusaha gigih agar dapat berkongsi, mengejar impian dan berjaya yang menjurus kepada budaya kerja Yi Jia. Mereka juga menyebarkan kasih sayang dan kecantikan Yi Jia untuk membantu ramai orang dalam menikmati manfaat dan juga merealisasikan impian melalui produk yang berkualiti tinggi. Sebagai pemimpin, mereka selalu menyokong pasukannya, menetapkan matlamat, dan memimpin pasukan untuk mencapai lebih banyak pencapaian.

Untuk mencapai matlamat syarikat, Alice Yong dan Dennis Tan amat dinamik dalam mengetuai pasukannya agar dapat maju bersama, tidak takut menghadapi kesukaran, sentiasa mengikuti hala tuju dan sistem latihan syarikat dalam meneroka pasaran secara aktif. Mereka selalu mengingati semangat “Untuk membantu orang lain berjaya dengan bimbingan semangat keusahawan, sentiasa berdiri bersama dengan penuh kasih sayang” dan bertekad untuk menyebarkan perniagaan Yi Jia ke mana sahaja agar dapat membantu lebih ramai orang merealisasikan impian mereka. Mereka sering membimbing rakan pasukan dengan tunjuk ajar yang positif, sokongan dan menyumbang tenaga dalam kem latihan hingga menjadikan mereka begitu popular.

Prestasi yang cemerlang dan kerja keras Alice Yong dan Dennis Tan telah melayakkan mereka menjadi Global Double Crown Ambassador di atas platform Yi Jia. Mereka begitu bersemangat dan aktif dalam mencapai impian. Ini membuatkan ramai orang di Yi Jia kagum dan melihat mereka sebagai contoh terbaik.

Melalui platform Yi Jia International, selagi anda sanggup mengerah tenaga, pasti anda dapat merealisasikan impian ramai orang dan membina kehidupan lebih baik yang membawa anda kepada kecantikan, kesihatan dan kekayaan. Oleh itu, mereka sangat berterima kasih kepada Encik George Guo kerana membina platform ini yang telah memberi banyak manfaat kepada orang ramai dengan penuh kasih sayang serta menyalakan sinar harapan kepada mereka yang mempunyai impian. Mari kita sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pemimpin YSE Team Alice Yong dan Dennis Tan kerana dinobatkan sebagai Global Crown Ambassador Yi Jia International Kali Kedua dan berharap mereka terus berusaha untuk mengembangkan perniagaan Yi Jia ke tahap baru serta mewujudkan lebih banyak hasil pasaran.