Hari Kesyukuran ‘Go Forth with Love’ Yi Jia International

“Adakah anda sayang mama?” Sesetengah orang mungkin tersenyum dan mengangguk dengan segan, manakala sesetengah orang akan menjawab dengan segera, “Sudah tentu!” Ibu yang melahirkan kita dan membesarkan kita mempunyai kedudukan yang penting dalam hati kita. Namun, pernakah anda memberitahu wanita yang tersayang ini, “saya sayang mama”?

Ketaatan kepada ibu bapa merupakan prinsip moral tradisional orang Asia, tetapi pengungkapan rasa kasih sayang adalah kelemahan kita. Ada yang mengatakan bahawa kasih sayang orang Asia adalah mendalam dan indah, tetapi cara kita mengekspresikan kasih sayang adalah konservatif dan tidak secara terus-terang. Sebaliknya, kami, ahli Yi Jia menegaskan bahawa kasih sayang harus diluahkan dengan penuh keberanian, dikongsi dengan ikhlas dan disampaikan sebelum terlewat. Oleh sebab itu, Yi Jia International menetapkan Hari Ibu sebagai Hari Kesyukuran “Go Forth with Love” tahunan Yi Jia International. Pada 12 Mei 2019, kami mengumpulkan ahli-ahli Yi Jia di seluruh dunia untuk menganjurkan aktiviti amal “Go Forth with Love” di berbagai-bagai negara. Kami berpeluang untuk menyatakan perasaan kasih sayang dan kesyukuran, serta memberikan sumbangan melalui tindakan yang praktikal. Kami turut menjadikan tema Hari Kesyukuran, iaitu “hidup dengan kasih sayang dan mewariskannya” sebagai sebahagian daripada warisan budaya korporat kami.

Pada pagi yang bermakna ini, rakan-rakan perniagaan Malaysia berkumpul di pejabat cawangan masing-masing di zon utara, tengah, selatan dan timur Malaysia untuk menyertai aktiviti ini. Di platform Yi Jia yang mementingkan kasih sayang, setiap ahli Yi Jia mendukung visi korporat untuk memupuk semangat keusahawanan. Kami menjadikan diri sendiri sebagai sumber kasih sayang dan mengambil inisiatif untuk membimbing pasukan dengan penuh kasih sayang keibuan yang menyentuh hati mereka dan menggalak pertumbuhan benih impian mereka. Hari ini merupakan hari yang istimewa, bukan sahaja untuk menyampaikan penghargaan kepada ibu bapa yang memberi kita nyawa, namun juga untuk pemimpin yang memberi kita kunci untuk membuka pintu ke arah impian. Kami berasa amat terharu apabila mereka berterima kasih antara satu sama lain. Kami merasakan perasaan kasih sayang mereka yang mendalam disebabkan oleh sokongan kepada satu sama lain sepanjang perjalanan mereka di Yi Jia. Dengan komitmen mereka terhadap rakan perniagaan, kami percaya bahawa hubungan mereka akan menjadi semakin erat.

Demi mempromosikan budaya peluahan kasih sayang, rakan-rakan Yi Jia menjalankan aktiviti amal ini di tepi jalan yang sibuk. Mereka memberikan kad ucapan dan bunga carnation kepada pejalan-pejalan kaki, di samping menggalakkan mereka untuk memberitahu ibu bahawa “Saya sayang mama”. Pada permulaannya, ramai orang berasa segan untuk berbuat demikian , tetapi dengan galakan rakan-rakan perniagaan kami, mereka memberanikan diri untuk meluahkan perasaan ikhlas kepada ibu-ibu. “妈妈我爱你”, “Mummy I love you”, “Saya sayang mama”… Tiba-tiba, peluahan kasih sayang yang ikhlas dalam pelbagai bahasa terdengar di mana-mana sahaja di atas jalan. Keindahannya bagaikan bunga-bunga yang berkembang mekar di merata-rata tempat. Walaupun bahasa kami berlainan, tetapi niat kami sama. Inilah keindahannya budaya multi etnik negara Malaysia, inilah keindahannya kasih sayang tanpa batasan. Jalan yang biasanya sibuk ini dipenuhi dengan rasa kemesraan yang menyentuh hati dan bunga-bunga carnation yang cantik serta senyuman-senyuman pejalan kaki yang manis hari ini. Inilah kekuatannya kasih sayang, inilah rumah penuh kasih sayang yang ahli-ahli Yi Jia ingin ciptakan.

Rakan-rakan perniagaan berasa amat gembira dan terharu dengan aktiviti ini. Mereka bersyukur kepada syarikat kerana memberikan peluang kepada mereka untuk mencetuskan rasa kasih sayang dan menyebarkannya kepada orang ramai. Hari ini merupakan Hari Ibu yang bermakna kerana kami bukan sahaja menyambut dengan ibu kami, tetapi juga dengan ibu di seluruh dunia. Hari ini merupakan Hari Kesyukuran yang istimewa kerana kami bukan sahaja bersyukur seorang diri, tetapi kami menggalakkan komuniti untuk mengekspresikan rasa kasih sayang! Luahkanlah keihlasan kasih sayang, kongsikanlah kebenaran kasih sayang, wariskanlah budaya kasih sayang…biar kasih sayang dan kemesraan terus disebarkan dengan tindakan kami.