Majlis Perasmian Cawangan Malaysia Timur Yi Jia International

Pada 20 Mei 2019, majlis perasmian platform perkhidmatan keempat Yi Jia International telah dianjurkan di Kuching, iaitu sebuah bandaraya yang makmur dengan suasana tropika yang bersemangat di Malaysia Timur. Sejak penerokaan pasaran Malaysia pada tahun 2014, Yi Jia International telah menetapkan matlamat jangka panjangnya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Dengan pertumbuhan yang pesat, ia telah menubuhkan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, cawangan di wilayah utara dan cawangan di wilayah selatan pada tiga tahun pertama, maka melengkapkan susun atur strategi syarikat di Semenanjung Malaysia dan menjadi pusat pasaran Asia Tenggara. Dengan usaha rakan-rakan perniagaan kami serta keupayaan syarikat, hari ini kami berjaya untuk mengembangkan perniagaan kami ke Malaysia Timur, maka lengkaplah jaringan perniagaan kami di seluruh Malaysia. Ini turut melambangkan keupayaan dan keazaman kuat syarikat untuk memacu pertumbuhan perniagaan ke arah lebih mapan dan berdaya tahan.

Sambutan Meriah

Pada pagi yang istimewa ini, pejabat cawangan Malaysia Timur Yi Jia International dihiasi dengan cantik dan dipenuhi dengan bunga-bunga daripada rakan perniagaan di seluruh dunia. Rakan-rakan perniagaan di Malaysia telah berkumpul di bandar Kuching untuk meraikan dan menyaksikan majlis perasmian yang penting ini. Dalam suasana yang meriah dan gembira, tarian singa yang disertai dengan muzik gendang dan gong yang meriah sekali telah dipersembahkan. Pergerakan tarian singa seperti naik, mengalu-alukan, lompat dan lain-lain dipersembahkan dengan penuh semangat, bagaikan semangat perjuangan ahli-ahli Yi Jia. Seterusnya, Naib Presiden Kumpulan Yi Jia, En. Sean Liu dengan pemimpin-pemimpin yang cemerlang menjalankan acara memotong riben sempena perasmian cawangan Malaysia Timur Yi Jia International. Sorak sorai rakan-rakan perniagaan yang penuh ghairah mencetuskan momentum yang kuat serta menunjukkan keyakinan mereka. Kami percaya bahawa cawangan Malaysia Timur akan mengatasi apa sahaja cabaran yang mereka hadapi dan berdaya maju.

 

Pada pukul 11:18, En. Sean Liu membuka pintu pejabat cawangan Malaysia Timur dan melancarkan papan tanda syarikat. Apabila tirai merah ditarik, perkataan “YIJIA” yang berwarna emas menarik perhatian semua orang. Ia berkilauan dengan kecemerlangan sebuah syarikat antarabangsa dan kejayaan satu perniagaan yang berkasih sayang. Selain malafazkan penghargaannya terhadap rakan-rakan perniagaan dan rakan-rakan sekerja di Malaysia, beliau turut menyampaikan ucapannya:

 

Pembukaan cawangan Malaysia Timur adalah amat penting bagi pembangunan perniagaan Yi Jia di Malaysia. Bukan sahaja rakan-rakan perniagaan kita akan mendapat perkhidmatan dan sokongan yang lebih baik daripada kami, maka ia juga menandakan jaringan perniagaan syarikat kita yang lengkap di wilayah timur, utara, tengah dan selatan Malaysia. Ini turut menunjukkan keazaman dan keyakinan syarikat dalam pertumbuhan dan perkembangan perniagaan yang mampan di Malaysia. Kami yakin bahawa dengan kepimpinan pengerusi syarikat yang bijak dan kerja keras setiap orang, cawangan Malaysia Timur pasti akan memenuhi harapan setiap orang – mencipta kecemerlangan dan keajaiban yang baharu!

Rakan-rakan sekalian, marilah kita berkongsi waktu yang indah ini bersama-sama. Semoga perniagaan kami berkembang maju!

Mewujudkan Gaya Hidup Berkualiti

Dengan tidak memudaratkan haiwan sebagai prasyarat, semua produk Yi Jia International adalah dibuat daripada bahan tumbuhan yang semula jadi. Daripada pemilihan spesies, penanaman tanaman hingga pembuatan produk, pengerusi syarikat mewajibkan kawalan kualiti yang ketat di setiap peringkat, serta memastikan pasukan penyelidikan dan pembangunan kami untuk menggunakan bahan mentah yang terbaik dan teknologi canggih untuk mencapai hasil terbaik, demi membawa kesihatan dan kecantikan kepada pengguna kami. Pada hari perasmian cawangan Malaysia Timur, rakan perniagaan kami, Alice memperkenalkan dan menerangkan produk Yi Jia kepada ahli-ahli yang hadir. Cara penyampaiannya yang menarik bukan hanya membantu mereka untuk memahami produk-produk Yi Jia dengan lebih baik, tetapi juga menimbulkan rasa kekaguman mereka terhadap keberkesanan anti-penuaan siri produk utama Yi Jia – MAIONE. Ini telah memperkuat keazaman rakan-rakan kongsi baru untuk mengikuti jejak Yi Jia International dan pengerusi syarikat dalam usaha membawakan kasih sayang dan kecantikan kepada orang di sekeliling kita, dan mewujudkan gaya hidup yang sihat dan berkualiti.

 Cawangan Yi Jia International Malaysia Timur terletak di Saradise, iaitu kawasan kediaman dan komersial yang strategik dan kini berkembang maju di Kuching, Sarawak. Keluasan pejabat baharu adalah kira-kira 1,700 kaki persegi dan dilengkapi dengan bilik pameran produk, bilik perbincangan, bilik mesyuarat dan ruang latihan. Berikutan dengan pembukaan cawangan Malaysia Timur, rakan perniagaan kami di Malaysia Timur kini telah memiliki sebuah rumah yang dipenuhi dengan kasih sayang. Penciptaan keajaiban secara berterusan yang dilakukan oleh perniagaan Yi Jia bukanlah mitos, tetapi itu adalah kebijaksanaan yang kami dapatkan langkah demi langkah, ia adalah hasil keazaman setiap ahli Yi Jia untuk mengekalkan prinsip kasih sayang kami. Demi lembaran baharu kami pada hari ini, marilah kita mengikuti langkah pemimpin syarikat kami dan bekerjasama untuk mewujudkan masa depan Yi Jia Malaysia Timur yang cemerlang, serta meneruskan legenda Yi Jia International yang gemilang!