Kem Latihan Elit Yi Jia International yang ke-82【Malaysia】

Langit yang membiru mencerminkan masa depan yang cerah bagi perniagaan Yi Jia sementara air tasik yang berkilauan penuh dengan semangat dan daya hidup. Kem latihan elit Yi Jia International yang ke-82 telah diadakan di Philea Mines Resort, Kuala Lumpur yang indah dari 14 hingga 16 Jun 2019. Dengan semangat yang tinggi, peserta Yi Jia telah memeriahkan persekitaran resort yang senyap; dengan penuh keghairahan, mereka melengkapkan latihan sepanjang tiga hari ini tanpa meninggalkan sebarang kekesalan; dengan kegigihan yang berterusan, mereka mebina asas yang kukuh untuk impian mereka.

Sistem latihan Yi Jia International sentiasa mendapat reputasi yang baik kerana ia bukan sahaja memupuk taktik profesional dan kemahiran praktikal, tetapi juga meningkatkan kualiti psikologi secara komprehensif, dan dengan itu menyemai semangat perjuangan dan kekekalan dalam perjuangan. Dengan bimbingan pengajar, para peserta berjaya mengenal semula diri sendiri melalui rasa hati; memecahkan stereotaip dan menetapkan matlamat baru, serta mencungkil potensi mereka yang tidak terhad. Dalam latihan tiga hari ini, para peserta bagaikan dilahirkan semula, mereka mencapai kemajuan yang amat menggalakkan.

Bagi para peserta, latihan elit bukan sahaja membolehkan mereka untuk mencapai pertumbuhan peribadi, tetapi juga untuk membina persahabatan yang ikhlas berdasarkan kepercayaan. Setelah melengkapkan latihan ini, mereka menjadi lebih yakin dan tabah. Dengan penuh semangat dan keghairahan, mereka bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran dalam pasaran dengan sedaya upaya. Para peserta, terbanglah tinggi! Kita akan berjumpa di atas pentas impian yang mulia.