“Kenapa saya boleh berjaya? Sebenarnya, hanya 1% usaha peribadi yang menyumbang kepada kejayaan saya; manakala 99% lagi datangnya daripada peluang yang ditawarkan oleh masyarakat dan bantuan yang diberikan oleh orang lain.”

Guo Bing Ting

PENGASAS YI JIA INTERNATIONAL

Tentang Pengasas Kami

Beliau adalah seorang guru yang menciptakan impian, juga yang menyalakan harapan di hati ramai orang;

Beliau adalah seorang guru yang merealisasikan impian, yang telah mengubah nasib begitu ramai orang;

Beliau seorang yang mempunyai ideologi dengan kesatuan aksi dan pengetahuan, dilengkapi pula dengan kelebihan lain dan latihan peribadi, beliau menggabungkan teknik melatih dengan budaya jualan langsung serta mencipta sistem pendidikan dan latihan terkini, yang telah melatih ramai elit di dalam industri, hingga terciptanya keajaiban berulang kali, dan sistem itu mendapat reputasi yang hebat dan terkenal dalam industri sebagai ” Whampoa Military Academy”;

Beliau merupakan seorang guru dalam latihan, yang telah menyampaikan beribu kursus pidato umum dan latihan di depan berjuta orang yang mendapat faedahnya;

Beliau adalah usahawan yang dihormati, yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan kebajikan awam, membantu golongan miskin dan menyumbang kepada masyarakat dengan lebih praktikal;

Beliau dikenali sebagai peneraju industri yang beribawa yang sentiasa menyumbang, sangat memelihara tingkah laku beretika dan memberikan pendapat yang berwawasan.

Pada tahun 2004, beliau mengasaskan Yi Jia International, dan bertekad untuk mendedikasikan sepanjang hayatnya untuk mencapai visi “mencipta platform untuk membina peluang dalam merealisasikan impian.”

KATA-KATA PENGASAS

… “Apa yang boleh saya lakukan untuk mereka?” Jika saya tidak menghiraukan mereka dan menikmati kehidupan saya sendiri, saya akan rasa tidak selesa! Kerana saya sudah nampak serta saya tidak mampu berpura-pura dan membutakan mata saya, saya tidak sanggup untuk bersikap tanpa simpati! “

Saya ada impian

Pada awal kehidupan bekerja saya, saya selalu bertanyakan diri sendiri: “Bagaimana saya mahu menjalani kehidupan saya?” Pada masa itu, saya berfikir untuk bekerja keras dan mengumpul sejumlah besar kekayaan, saya ingin mempunyai kehidupan yang berjaya, saya mahu orang cemburukan saya, saya mahu keluarga hidup dengan selesa. Selepas bertahun-tahun berusaha, saya telah mencapai matlamat saya satu demi satu. Walau bagaimanapun, saya mula mempersoalkan diri saya: “Adakah ini caranya saya menghabiskan kehidupan saya? Adakah hidup saya akan dikira dengan kekayaan? Adakah hidup saya hanya untuk membuatkan orang lain cemburu?”…