Tentang Syarikat

Yi Jia International, ditubuhkan pada 28 Mac 2004, mempunyai lebih daripada 30 buah anak syarikat di serata dunia, malah mempunyai perniagaan di lebih daripada 50 buah negara dan wilayah di seluruh dunia yang merangkumi pelbagai sektor termasuk kosmetik, ekologi pertanian dan pengeluaran, e-dagang, latihan dan produk berteknologi tinggi dan sebagainya.

Yi Jia International membariskan tiga produk utama iaitu MAIONE untuk penjagaan kulit, MIRIKEL untuk nutrisi dan Vii untuk keperluan harian. Kesemua produk yang dihasilkan ini berpegang kepada prinsip tanpa mencederakan haiwan, sebaliknya menggunakan tumbuhan sebagai bahan mentah. Yi Jia International juga dilengkapi dengan barisan pasukan profesional yang menggabungkan R&D, pengeluaran, jualan serta perkhidmatan. Ia juga memiliki ladang pokok Dalbergia odorifera dan pengeluaran asas bagi menikmati kelebihan unik geografi.

Walaupun sedang gigih berusaha memajukan perniagaan dan membantu orang lain merealisasikan impian, Yi Jia International sentiasa aktif dalam menyumbang kepada masyarakat. Syarikat ini telah mendermakan sejumlah wang melebihi daripada USD10 juta di beberapa negara dan wilayah termasuk China, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Malaysia, Kanada, Australia, Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia dan Macau.

Mencipta platform untuk membina peluang dalam merealisasikan impian.

VISI KAMI

Untuk berjaya dan membantu orang lain mencapai kejayaan dengan memupuk semangat keusahawanan, dari satu generasi ke generasi yang lain.

MISI KAMI

BUDAYA KORPORAT

Falsafah Pemasaran

Membantu orang lain adalah keutamaan kami. Membantu pasukan kami untuk berjaya merupakan pencapaian terbesar.

Falsafah Penjenamaan

Aset tidak ketara menentukan ketara, aset ketara merupakan contoh kepada yang tidak ketara.

Falsafah Perkhidmatan

Pelanggan adalah teman rapat dan keluarga tercinta; perkhidmatan adalah asas kepada kemajuan di masa hadapan.

Falsafah Kerja Berpasukan

Tiada individu yang sempurna; tetapi hanya pasukan yang sempurna.

Falsafah Pelaksanaan

Tidak kira apa juga keadaannya, kami akan tetap melaksanakannya; tiada yang mustahil.

Falsafah Penjimatan

Segala hasil jualan dan keuntungan kami, diperolehi atas sebab berjimat.

Falsafah Promosi

Sinar kebenaran pasti akan terpancar melalui perkongsian dan komunikasi.

Falsafah Ganjaran

Setiap ganjaran yang kami terima berdasarkan nilai dan pencapaian kami.

Falsafah Mengambil Pekerja

Kami menghargai aset yang membawa nilai kepada kami.

Falsafah Perkembangan

Belajar dan berlatih merupakan asas kepada perkembangan.

Falsafah Pekerjaan

Lebihkan rajin daripada bekerja keras, lebihkan berdedikasi daripada lebih komited.

Peraturan Bekerja

Usaha yang sederhana tidak diterima- Sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan. 100-1 = 0.

Gaya Bekerja

Tugas hanya selesai apabila matlamatnya telah dicapai.